“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran, 3: 103)
awak tak nak bercakap tentang kekejaman israel, sebab bangsa ini memang kejam. awak tak mahu sentuh tentang saudara kita yang di serang di atas kapal, awak tak mahu kata tentang union-union on the earth yang tak habis-habis bersidang, tak habis-habis berbincang, tak habis-habis berkonfrontasi, sentuh sudut politik, sentuh sensitvity hak manusia, agama dan macam-macam yang di telagahkan di meja bulat persidangan dunia. itu semua awak tak mahu sentuh.
awak nak ajak semua duduk and cuba betul-betul duduk dan fikir sejenak, apa peranan kita nak tolong saudara kita di Gaza. kita salahkan menteri ini, kita salahkan menteri itu, kita salahkan USA, UNION, kita salah kan semua.awak bukan nak cakap siapa salah siapa betul, tapi awak nak tanya, kita buat apa? kita bebetul tolong or atleast cuba tolong saudara kita tak ?
cuba kita duduk and tengok barang2 sekeliling kita. kita pakai and guna barang siapa? actually kita sendiri, kita sesama saudara sendiri yang menjadi contributor besar kepada bangsa-bangsa laknatullah ini untuk terus tindas saudara kita. awak tak menyalahkan sesiapa, awak juga masih menggunakan barang-barang keluaran mereka.
korang tahu tak bangsa israel ini bijak, manusia pelarian yang sejak dari dulu lagi tidak ada tanah sendiri?berjaya dengan sangat jayanya memonopoli dunia. siapa yang bantu mereka sebenarnya? sapa yang tolong jana ekonomi mereka? KITA! kita sendiri yang bunuh saudara kita.
awak tahu mungkin ramai yang marah, sedih, tak puas hati dengan apa yg awak tulis ini, awak tak berniat nak sakitkan hati siapa-siapa..awak tulis untuk beritahu yang marilah kita sama-sama cuba atleast kurangkan dan kalau boleh jangan guna langsung produk mereka. kita mampu.. kita mampu cuba.. kita kena cuba..saudara kita perlukan kita.
kita mampu wahai saudara ku... kita mampu.
No comments:
Post a Comment